Selasa, Oktober 20, 2009

Sokongan semua kaum kini beralih ke BN?

PRK Bagan Pinang telah selamat dilangsungkan. Hasilnya, ISA dinobatkan oleh rakyat Bagan Pinang dan PAS pula menyedarkan PR dari tidur. Ketika berlansungnya PRK itu, MCA pula bergolak. 2 pemimpin teratas ONG dan CHUA `seoalah-olah` bersengketa. Hingga kini masih mencari solusi yang sesuai. Sementera menunggu MCA mencari solusi, UMNO pula bersidang selepas tertangguh lama kesan tsunami PRU-12 yang lalu. Jika diamati betul-betul, macam plot drama pulak. Tapi aku yakin, kelangsungan ketiga-tiga peristiwa di atas punya kaitan kepada PR. BN sedang menguji tahap kesetiaan dan sokongan kaum di negara ini ke atas parti komponen mereka bagi menghadapi PRU-13 yang akan datang ini.

Jika dihalusi, kebanyakan komentar PRK Bagan Pinang lebih menjurus kepada peralihan `mood` kaum India kepada BN. Malah, kebanyakan pimpinan PR turut memperakui hasil bedah siasat ini. Pergolakan MCA, seolah-olah sengaja ditimbulkan. Soal integriti pemimpin agar bersih imej dan bebas rasuah cuba ditonjolkan supaya tidak lari dari matlamat Najib. Pendekatan ini dilihat memberi kesan. Kaum Cina kini sudah pandai menari mengikut rentak dan siap siaga untuk menerima konsep 1Malaysia.

Dengan kaum Cina sudah mula bertukar arah, sokongan kaum Melayu kepada konsep 1Malaysia pula semakin bertambah. Kehadiran ahli dan orang ramai ke Perhimpunan Agong UMNO lalu dijadikan ukuran. Ucapan Najib diperdebat dan diperbahaskan. Semua menjurus kepada untuk memperkukuhkan sokongan kaum Melayu.

Kesimpulannya, BN yakin malah semakin yakin dengan sokongan pelbagai kaum yang kini sudah mula beralih arah kepada mereka hasil dari konsep 1Malaysia ilham Najib. Jika telahan ini betul, PR harus perlu lebih berhati-hati. Beberapa tindakan segera perlu diberi perhatian oleh pimpinan-pimpinan parti dalam PR. Pendaftaran PR sebagai wadah politik baru perlu disegerakan. Pimpinan atasan hingga bawahan perlu turun ke bawah mendekati penduduk. Perlu diingatkan, BN kini sedang meniru pendekatan yang digunakan oleh PR. Atau, kita tewas dalam PRU-13 nanti. Adios!!!

Martkoosh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan