Selasa, Oktober 13, 2009

Hari Raya dan Pilihanraya

Banyak perkara yang berlaku pada minggu lepas. Bermula dengan jamuan Hari Raya JKKK hinggalah kepada PRK Bagan Pinang.

Aku mualakan dengan Majlis Sambutan Eidul Fitri 1430H bersama penduduk kampung. Majlis telah dianjurkan oleh JKKK kampung. Dengan bertemakan `JOM JENGUK JKKK`, majlis kali ini dapat dijayakan dengan sempurna sekali. Penduduk kampung telah dijamu dengan pelbagai juadah sambil berpeluang untuk menjengah ke dalam Pejabat JKKK. Aku begitu terharu dengan sambutan kali ini dan menganggarkan kehadiran berganda berbanding tahun lalu. Kanak-kanak juga tidak dilupakan dengan wang hari raya.

Dalam gembira, Bagan Pinang membawa berita sedih. PR kalah dengan majoriti besar! Mengikut sahabat-sahabatku yang bergegas ke BP sebaik sahaja majlis raya selesai, PR ada harapan. Undi pos memihak kepada PR dengan 60:40. Aku cuba dapatkan pengesahan melalui YB aku William Leong. Jawapannya, undi pos masih belum dikira! Aku jadi pelik macamana sahabat aku begitu optimis sekali. Bagaimanapun, jam 7.20 petang (lebih kurang) aku menerima sms dari William. PAS tewas dengan majoriti 4000 (keputusan tidak rasmi).

Bagaimanapun, sedari awal firasat politik aku mengatakan PAS akan tewas jika ISA yang bertanding. Ikuti komen-komen bernas yang aku sedut dari laman-laman lain. Adioss!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan