Selasa, Oktober 28, 2008
Nostalgia di UKAY BAYU
Semalam aku sempat berhari raya ke rumah sepupu aku yang agak lama tak dengar khabar berita. Kerjayanya agak grand, sebagai doktor pakar jantung di IJN. Rumah mewahnya terletak di UKAY BAYU, Ampang. Pertama kali aku masuk ke sebuah kawasan warga elitis yang sememangnya tidak menarik minat aku. Kawasan rumah yang sentiasa dikawal penuh masa oleh Pak Guard. Kain tak boleh dijemur semberono. Rumah kecil dan sempit. Tak ada kokok ayam, itik dan tanah tanih untuk bercucuk tanam; buat aku rimas. Aku tercari-cari rasionalnya sepupu aku membeli rumah hampir jutaan ringgit ini. Aku kesihankan anak-anaknya. Umpama tinggal dalam kotak kasut... Inilah kehidupan dunia. ADIOS!!!
Khamis, Oktober 23, 2008
Secret Receipe vs Sans Fancisco
Alhamdulillah! Hari ini aku dan teman-teman diberi sambutan Hari Raya di Secret Receipe. Asalnya nak ke Sans Francisco tapi tak jadi sebab tak ada halal JAKIM. Sahabat Cina tu cukup puas hati dengan kehadiran teman-teman aku. Biarpun mahal, tapi tidak menjadi isu besar buat sahabat Cina aku ini. Asalkan dapat buat business dengan TM.Adios!!!
Rabu, Oktober 22, 2008
Jamuan Raya
Hari ini ada pembekal yang baik hati buat jamuan raya kat KGPA. Semua kakitangan dijemput hadir. Aku pergi naik Stream dengan boss. AreGee, MartZab dan Ah Cheng ikut sekali. Kumpulan aku antara yang terawal hadir ke majlis. Suasana memang meriah dengan juadah yang membuka selera. Dalam seronok menjamu selera, boss aku buka cerita. Apa lagi kalau bukan bab kesihatan. Katanya, balas dendam selepas sebulan berpuasa.
Kata AreGee, bila kesihatan kita melepasi angka 45 tahun, makanan seperti nasi dan daging perlu kita kurangkan. Aku terkesan dengan cakap AreGee tu. Bagi aku, nak mengawal cara makan tak payah cari sampel jauh-jauh. Pengalaman isteri mengandung dah cukup sebagai panduan. Cuba fikir, 3 bulan terakhir sebelum sebelum baby bersalin dunia, mak bapak kita larang isteri makan makanan yang boleh mendatangkan penyakit major seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Begitu jugalah dengan umur kita atas dunia ini. Sebelum kita berhijrah ke dunia akhirat, untuk dapatkan umur yang panjang dan berkat kawalah pemakanan kita selalu.

San Francisco Tak Halal???
Hari ini aku dapat sms dari seorang vendor ajak aku lunch sempena Hari Raya. Seumur hidup aku belum pernah aku dengar lunch sempena perayaan. Mungkin ini satu pembaharuan.
Yang aku tertarik nak tulis kat sini, vendor nie ajak aku lunch kat sebuah restoran yang namanya San Francisco di Damansara Intan. Apa menunya? Steak, beb! Sebelum aku kata ya, aku buat semakan di laman web JAKIM. Hampeh!!! Tak tersenarai langsung... Kemudian, aku semak pulak senarai restoran-restoran yang HALAL dan NON-HALAL yang kawan aku emel tempohari. Bravo!!! JAKIM sahkan restoran ini tak pernah walau sekali pohon di`HALAL`kan. So, buat kawan-kawan seagama, hati-hati bila terima ajakan teman-teman yang bukan seagama! Adios ...

Mat Blogger
Aku tak pernah berangan nak jadi Mat Blogger tapi pernahlah disuruh jadi webmaster. Apa yang menarik pasal blogging nie, aku pun tak pernah ambil pusing. Yang aku tahu, blog ni sama macam website. Cuma tak banyak gambar tapi banyak maklumat. Untuk permulaan, aku tak nak tulis dahulu. Aku nak biasakan diri aku macamana ndak konfigur blog. Bila dah biasa, senang nak pakai blog. So, adios!
Langgan:
Catatan (Atom)