Semalam, Sabtu 29 Jan 2011 bertemu dengan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam di satu majlis perkahwinan kaum kerabat. Beliau baru sahaja kembali dari Tenang. Banyak perkara yang diulas. Antaranya, gelagat kaum Melayu yang enggan bersalam dengan pimpinan PAS di awal hari penamaan calon.
Agak dukacita bila mendengar maklumat itu. Ibarat, kaum Melayu itu lebih tinggi dan mulia jika dibandingkan dengan agama Islam. Walhal, yang hadir itu adalah pimpinan PAS Melayu yang beragama Islam. Tidak lebih dan tidak kurang tarafnya dengan orang-orang Melayu di Tenang. Malah, Islam mengajar umatnya menyambut salam saudara seagamanya!
Strategi pilihanraya turut disentuh beliau. Biarpun tidak meletakkan harapan tinggi, YB Khalid agak bersetuju dengan pendapat -- strategi menyerang peribadi calon merupakan satu kesilapan. Orang Melayu Felda tidak melihat kredibiliti calon sebagai satu yang harus diutamakan. Mereka lebih memandang parti yang bertanding. Sebaliknya, PR terperangkap dengan mainan media BN yang memanipulasi isu itu sebagai budaya PR yang suka memburuk-burukkan profil calon. Satu perkara yang perlu PR beri perhatian!.
Bagaimanapun, selamat berjuang buat Cikgu Mala. Jika kalah sekalipun, anda sebenarnya adalah pemenang sejati.
Ahad, Januari 30, 2011
Isnin, Januari 17, 2011
Awas Pakatan Rakyat, Trojan Horse!
Banyak sudah diperkatakan, sejak tewas dalam PRU-12 lalu hingga kini UMNO sedang giat berusaha untuk merampas kembali Selangor. Pelbagai teknik dan taktik politik seantero dunia telah dan sedang disuntik ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Paling mutakhir, meletakkan Khusrin sebagai kambing hitam supaya muslihat utama dapat disempurnakan dan pimpinan Pakatan Rakyat pula sedang menantikan dengan penuh minat bentuk muslihat itu.
Awas pimpinan PR! Jangan terpukau dan tertipu dengan perlantikan Khusrin. Tumpukan usaha kepada trojan-trojan yang banyak melata dalam saf pimpinan. Tidak kira diperingkat Ranting, Pusat mahupun pemerintahan Kerajaan Negeri. Mereka ini lebih merbahaya daripada Khusrin dan menunggu masa untuk membuat onar pada bila-bila. Nasib Khusrin, biar undang-undang menentukannya. Jangan Kerajaan Selangor pula ditimpa badi persis Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Ahad, Januari 16, 2011
Saman juta-juta
Tinggi betul nilai Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kali ini, beliau disaman RM300 juta oleh adik bongsu Azmin Ali. Sebelum itu, saman DSAI kepada orang - orang berprofil tinggi semuanya sia-sia belaka. Sebaliknya, orang lain pula yang dapat labanya.
Jangan terkejut, jika Azizan pula muncul dengan samannya! Mungkin jutaan ringgit atau billion ringgit. Politik Malaysia, semuanya boleh jadi! Bertuah sungguh peguam-peguam di Malaysia. Bak kata orang, untung sabut timbul, untung batu tenggelam dan jika kena sanggahannya, jutaan ringgit akan masuk ke dalam kocek peguam-peguam. Hebat sungguh karisma manusia bernama Anwar Ibrahim ini.
Mungkin skrip telah diatur supaya kemenangan akan berpehak kepadan Umi. Kita dan anda semua merancang tetapi perancangan Allah jua yang hebat. Selamat menyaman buat Umi Felda!

Khamis, Januari 13, 2011
Peruntukan 1 juta?
Khabar angin yang didengar penghujung tahun lalu, kini sudah menjadi kenyataan. Peruntukan 1 juta diluluskan buat semua ADUN PR Selangor. Peruntukan yang perlu diagihkan dalam tempoh 3 bulan untuk semua kerja infra. Satu berita baik buat semua penyokong PR terutamnya yang berkecimpung dalam bidang kontraktor.
Tidak pula dijelaskan, peruntukan ADUN RM500,000.00 termasuk dalam jumlah 1 juta itu atau ianya merupakan satu peruntukan khas dari Kerajaan Negeri? Jika ianya tidak termasuk, bermakna setiap ADUN PR bakal mendapat peruntukan sebanyak RM1.5 juta setahun. Satu persoalan yang perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.
Buat penyokong PR, sambutlah berita ini dengan penuh kesyukuran. Anggaplah agihan dalam 3 bulan itu merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu kita laksanakan untuk rakyat sesuai dengan Pelan 100 hari Pakatan Rakyat. Semoga dana tidak lagi menjadi sebagai satu alasan utama buat kita untuk mencuri hati rakyat dan menggerakkan parti.

Rabu, Januari 12, 2011
ADUN letak jawatan
SMS baru sahaja dihantar kepada YB-YB untuk pengesahan. Salah seorang darinya memberikan respon dan beliau sendiri berasa terkejut dengan berita ini. Jasa beliau dipohon untuk selidiki kesahihannya. Bimbang, ianya tidak benar dan hanya khabar angin sahaja.
Melalui laman web Malaysiakini pula, berita ini hampir pasti tidak benar. Bagaimanapun, jangan pula kita berasa selesa. Berita yang disangka angin boleh bertukar menjadi ribut. Politik Malaysia sukar untuk diramal.
Bagaimanapun, doakan semoga ADUN berkenaan ditetapkan Allah pendiriannya dan dikuatkan semangatnya. Kita sebagai penyokong pula, perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Perjuangan perlu diteruskan.

Langgan:
Catatan (Atom)