Jumaat, Disember 19, 2008

Pendedahan Penganut Kristian Tentang Merry Chirstmas....

" Satu lagi mesej yang aku rase yang penting tentang ugama orang lain yang boleh bersangkut paut dengan keimanan kita sebagai seorang muslim.... ini pastinya tentang perayaan yang bakal disambut oleh orang bukan islam atau umat kristian yang akan menyambut perayaan mereka pada tahun ini bertarikh 25.12.2008 dan iainya cuti umum kepada semua warga malaysia.....

sekarang yang menjadi masalahnya adalah apakah hukum kita mengucapkan selamat hari natal kepada mereka???? apakah maksud merry chirstmas??? apakah rosak akidah kita apabila menyebutkan selamat meery christmas kepada mereka??? ini mesej yang diberikan seorang penganut kristian didalam ceramahnya kepada umat islam.. mesejnya seperti ini:

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (Sama jugak x boleh,HARAM ), tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak.

Rombakan AJK DUN Taman Templer

Malam ini ada mesyuarat luarbiasa DUN T.Templer. Aku punya peranan besar dalam mesyuarat ini. Rombakan terpaksa dibuat demi untuk kebaikan bersama. Semua AJK perlu berfikiran terbuka dan berlapang dada dengan rombakan ini. Aku terpaksa keluarkan Haji Mazlan dan gantikan dengan Cikgu Rozi. Timbalan masih kekal dengan Abang Rosli. Juga Tan Taman Daya aku akan `upgrade`kan ke posisi yang lebih tinggi. Mungkin sebagai Timbalan Ketua di samping Abang Rosli. Manakala abang Ibrahim akan ambil alih jawatan Bendahari. Kekosongan jawatan Setiausaha akan dipangku oleh Faizal.

Dengan rombakan ini, aku harap matlamat William untuk mencari lebih ramai ahli akan dapat dicapai. Dengan ramainya ahli akan lebih banyak JDM/Ccwangan dapat ditubuhkan. Dengan tertubuhnya banyak JDM/Cawangan akan lebih kerap program untuk William dapat dijadualkan. Dengan pelbagai program yang telah diatur, akan lebih menonjollah William sebagai AP dan insya'Allah sebagai Ketua Bahagian Selayang. Adios.

Tukar WORD kepada PDF

Dah lama tak menulis blog. Agak sibuk sebab siang malam kudrat digunakan. Saban malam pulang rumah jam 12 malam dan kadang-kadang tu cecah jam 1 pagi. Belum berpeluang untuk berehat. Tapi aku bersyukur, semua ahli keluarga faham tugas aku yang terbaru ini. Apa dia tugas tu? Rahsia...

Pagi ini aku bercadang nak jemput sahabat aku KB Tan ke satu seminar yang dianjurkan oleh JKKK kampung aku. Cadangan asal, aku nak faks sahaja surat tapi dah tak sempat. So, jalan yang terakhir aku hantar emel sahaja. Untuk elakkan masalah, surat yang aku taip guna WORD tu aku tukar kepada PDF. Hasilnya, cukup menarik! Tak caya, cubalah! Adios ...

Isnin, Disember 01, 2008

Keputusan Kejohanan Bowling

Aku tak dapat tunggu keputusan. Anak bongsu aku kekencingan sehingga basah seluarnya. Habis baju dan badan aku terkena najis muttawwassitah tu. Zohor belum solat lagi. Aku pakat dengan isteri aku nak ke Shah Alam saja untuk solat Zohor. Dah terlanjur ke sana, terus saja ambil anak pompuan aku. Tapi saat-saat akhir aku tukar plan dan terus pecut balik Rawang. Alasannya aku perlu basuh badan aku untuk solat Zohor. Alhamadulillah, perjalanan aku dimudahkan Allah. Aku sampai 10 minit lagi ke pukul 4 petang. Sempat buat solat Zohor dan terus buat Asar. Sehingga petang, tak siapa yang hubungi aku. Maknanya, pasukan aku kalah... Adioss!!!

Lewat ke pejabat

Hari ini aku lewat lagi ke pejabat. Isteripun turut lewat. Kami memang dah rancang nak hantar kereta Avanza untuk servis hari ini. Minggu lepas tak dapat hantar sebab fully book. Setibanya di pusat servis, giliran aku jadi lewat. Orang yang sampai awal dah dilayan. Rupanya minah India Toyota tu dah tersalah ambil butiran. Nama aku dah bertukar kepada Rustam! Hamlau punya India! Sepatutnya pastikan dahulu setiap pelanggan yang hadir disemak butiran mereka supaya tally dengan apa yang telah ditulis dalam buku log. So, tak payahlah pelanggan tercangak-cangak menunggu! Tak ada sivik langsung ... Adios!!!

Kejohanan Bowling

Pagi semalam aku ke Sunway Summit Square. Ada tournament bowling anjuran KTTTM. Jam 10.00 pagi aku dan keluarga dah ada dalam perut shopping mall ini. Aku sebenarnya tak berapa suka datang ke sini. Banyak sangat patung-patung syaitan. Seolah-olah macam tinggal dalam zaman jahiliah aje rupenya. Banyak perubahan ketara yang aku lihat. Kalau dulu tak ramai orang tapi kini tak terkira orang. Guess apa daya tarikannya? Patung-patung yang berselerakan. Minta diri aku dan keluarga dijauhkan Allah dari bala petaka. Result bowling aku? Kedudukan 14 dari keseluruhan. Adioss!!!