Selasa, Disember 11, 2018

☆Tadabbur Kalamullah 2 Rabiul Akhir 1440H☆

 ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim" [Surah asy-Syura 40]

#Salah satu daripada tanda akhir zaman ialah berleluasanya kejahatan dan kezaliman. Hati manusia seakan-akan sudah hilang sifat belas kasihan dan kasih sayang sehingga mereka tidak ada lagi rasa bersalah untuk menindas sesama manusia.

#Ingatlah bahawa Allah swt mengharamkan perbuatan zalim serta melarang manusia daripada saling menzalimi, kerana kezaliman itu sendiri adalah haram secara mutlak. Dan kita wajib berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan kezaliman. Sabda Nabi saw:

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا

“Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi".

فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا، أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ: تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنَ الظُّلْمِ ، فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ.

"Kemudian ada seseorang bertanya tentang bagaimana cara menolong orang yang berbuat zalim?. Baginda menjawab: “Kamu cegah dia (hentikan dia) dari berbuat zalim, maka sesungguhnya engkau telah menolongnya” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ada ketikanya, Nabi saw mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesai dan menghentikan kezaliman dengan cara mendapat sokongan orang ramai di jalanan. Dalam sebuah hadis dikisahkan bahawa seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah saw, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi saw: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “Apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab (protes jalanan itu), jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu semula, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim. Sahih).

#Hadis ini menunjukkan bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita dibenarkan bertindak sedemikian, apatah lagi kezaliman-kezaliman lain yang lebih besar melibatkan penyelewengan terhadap kuasa pemerintahan, penghinaan terhadap agama dan hukum syarak, penipuan melibatkan hak rakyat, pengkhianatan terhadap janji dan seumpamanya.

وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)" [Surah Ibrahim 42]

♡Jangan sesekali melakukan kezaliman samada terhadap diri sendiri atau terhadap orang lain. Ingatlah, kezaliman menjadi penyebab kegelapan dan kesengsaraan di padang Mahsyar. Jauhi dan hentikan kezaliman!!♡
NASIHAT PAGI

Sayyidina Ali bin Abi Thalib telah berkata:

Simpan rahasiamu berdua saja:
1. Dirimu
2. Allah swt

Jagalah di dunia ini dua keridhoan:
1. Ibumu
2. Bapamu

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:
1. Sabar
2. Solat

Jangan risau dua hal ini:
1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:
1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.

Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:
1. Allah swt
2. Alam Akhirat

Selalu dekat dengan 4 orang ini:
1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Saudara lelakimu.
4. Saudara perempuanmu.

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:
1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

Empat hal yang memperindah dirimu :
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati:
1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur

Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:
1. Isterimu
2. anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :
1. Sholat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.

Isnin, Disember 10, 2018

KISAH LORI SAMPAH

Suatu hari, saya menaiki Grab Car untuk ke suatu destinasi. Grab tersebut bergerak di lane paling kanan dan secara tiba-tiba, datang sebuah kereta memotong tanpa signal masuk ke lane kami secara mengejut.

Pemandu Grab tersebut brek dengan mengejut,  dan nyaris-nyaris mahu terlanggar kereta tersebut hanya beberapa inchi.

Pemandu yang memotong tersebut mula mengangkat tangannya menunjukkan F words dan menjerit ke arah kami.  Seolah-olah kesalahan itu berpunca dari pemandu Grab tersebut. 

Reaksi Pemandu Grab tersebut mengejutkan saya.  Kerana beliau hanya senyum dab angkat tangan tanda meminta maaf kepada pemandu tersebut.

Saya terkesima kerana tanggapan saya pasti beliau akan marah.  Tetapi tidak.

Lalu saya bertanya, "Kenapa U buat macam tu sahaja?  Pemandu tersebut nyaris-nyaris melanggar kereta U dan jika terlanggar tadi,  ke hospital la kita jawab nya"

Dan momen ini lah,  pemandu Grab tersebut mengajar saya tentang satu perkara iaitu "The Law of Garbage Truck"

Beliau menyambung,

"Ramai orang di dunia seperti "lori sampah".

Mereka membawa penuh muatan sampah di dalam hati mereka.

 Mereka membawa hati yang frust,  hati yang penuh kemarahan,  hati yang penuh rasa tidak puas.

Apabila,  "sampah" tersebut mulai banyak,  mereka memerlukan tempat untuk "membuangnya".

Maka,  usah mengambil sesuatu perkara tersebut personally.  Hanya senyum,  lambai sahaja,  dan berdoa semoga kehidupan pemandu tersebut di permudahkan dan kita move on dengan rutin harian kita seperti biasa.

USAH MENGAMBIL "SAMPAH" MEREKA DAN SEBARKAN kepada orang lain yang kita jumpa di rumah,  pejabat mahu pun di sekeliling kita"
Atasi kolesterol anda ...


Pesanan Anak Murid Wali Besar
https://www.misi-terahsia.com/matahari-vs-suria

Ingin disampaikan di sini, setiap kali Alam Melayu melepasi tarikh BirthDay Baginda Nabi Muhammad Rasul Allah, Nusantara akan alami TERBIT MATAHARI & TERBENAM SURIA yang angka waktunya adalah sama, di sini akan terdedah 1 rahsia macamana kita nak mengesan waktu MUSTAJAB dengan mudah, FORMULA yang diberikan ini hanya APPLY pada "Garis Khatulistiwa" sahaja... Baca baik2 perenggan kat bawah ni...

1st...
Setiap malam, Allah pasti 100% turun ke langit2 dunia untuk makbulkan hajat pada semua jenis spisis hamba2 ciptaan tuhan.
(ini adalah Hadis Sahih, cari sendiri k.)

2nd...
Kalaulah nabi tidak terlintas untuk wajibkan ibadat malam, sudah pasti Tahajjud itu 1 yang fardhu pada umatnya. Syarat sah ibadat mulia ni kena tidur sebenatar, timingnya yang tepat untuk dirikan Tahajjud adalah pada 1/3 malam... Tapi 1/3 malam yang mana 1 kah, tak pernah pun ada pimpinan pujaan huraikan, betul...?

3rd...
Dalam 1 purnama kita puasa di bulan Ramadhan, ada 1 malam tu dinamakan malam 1,000 bulan, detiknya pun Allah parkingkan timingnya ngam2 apabila PORTAL langit terbukak sebab sepanjang bulan mulia ni AURA SILAU kesan terbukanya PINTU2 SYURGA terpancar tepat ke planet bumi (lagi2 di Alam Melayu) pada hari pertama ketibaan bulan mulia lagi, dan semua makhluk2 kayangan (yang dipilih) turun beramai2 secara GHAIB dari angkasa lepas diketuai Baginda Jibril akan selesaikan tugas2 khasnya untuk mencari hamba2 pilihan tuhan, tau tak time bila malam 1,000 bulan ni hadir? Mudah jer jawapannya, ia berlaku pada (1/3 terakhir) bulan suci itu. Tapi DETIK SEBENAR still rahsia, kan...? Sebab tu ada ulamak & wali besar dah pun jumpa FORMULA Malam 1,000 Purnama kan...? Jadi time bila plak saat mustajab setiap malam tu yer...? Haaa baca baik2 peranggan kat bawah plak...

4th...
Dalam 1 hadis Sahih, jelas tertulis TUHAN ALAM SEMESTA turun ke langit2 dunia semata2 nak makbulkan hajat semua hambanya, siap ada DAILOG lagi, MINTA LAH PADA KU NESCAYA AKU TUNAIKAN... Bahkan setiap malam Allah akan ngumpat kita yang ibadat malam ni dengan malaikat2 pilihannya dengan 1 perkataan mudah, lihatlah hamba2 ku itu, diorg duk sujud dan menangis pada aku, walhal 1 bandar kat situ duk relax jer tidur di waktu sunyi... Pointnya apa...? Jadinya... time bila atau saat bilakah Allah turun ke langit2 dunia, dan time bilakah 1/3 malam yang dimaksudkan tu hadir setiap malam...? Pakai formula Ramadhan tadi balik... Baginda Jibril hanya turun ke planet bumi atas perintah Allah pada bulan Ramadhan, tapi untuk umat Muhammad, Allah sendiri SENGAJA TURUN KE LANGIT-LANGIT DUNIA kerana cintanya dia pada hambanya bernama manusia dari umat Muhammad. Bab penting dah hadir, baca baik2 perenggan 5 kat bawah ni...

5th...
Ada 1 Hadis Sahih jelas mengatakan... Ada sejenis amalan 2 rakaat (pada timing tertentu), ganjarannya MELEBIHI DUNIA & ISINYA. Inilah zon emas yang Allah hadiahkan pada semua manusia TERMASUKLAH ORANG KAPIR (sebab tu ramai jutawan sifat fitrahnya melazimi bangkit awal, semak betul2 benda ni, walhal org kapir taktau pun, diorg terhirup AURA jer sebenarnya.). Yang jadi bonus pada kita sekarang, Allah nak makbulkan segala hajat kita bukan jer dari dunia, tapi segala doa kita yang belum dikabulkan Allah, tuhan akan TUNAIKAN JANJINYA kat akhirat, so time bila sebenarnya waktu mustajab ni yer...?

6th...
Perhatikan baik2 perenggan kat atas2 tu, manusia pilihan tuhan yg sedang bagi kita ilmu berharga ni terang2 nak bgtau kita dah, iaitu  kenapa Allah parkingkan khasiat malam 1,000 bulan tu pada "1/3 terakhir" bulan Ramadhan. Membawa maksud, waktu mustajab pada setiap malam termasuklah malam ni karang rupa2nya hadir pada 1/3 malam terakhir. Dan ZON EMAS ni ngam2 parking di atas PORTAL SUCI yang ganjarannya melebihi dunia & isinya, dan ZON SUCI ini jugaklah timing di mana ALLAH BERKENAN turun ke langit2 dunia semata2 nak melihat kita semua, bukan wakil rakyat, bukan famili misali kita tau... Ni Allah duk turun setiap malam semata2 nak jadikan ALL OUR WISH DO COME TRUE... So bila sebenarnya waktu tu...? Rahsianya pada perenggan 7 petala kat bawah ni...

7th...
Zon mustajab ini berlaku pada 30 minit sebelum AZAN SUBUH hadir. Zon ini terletak pada 1/3 malam terakhir. Zon inilah sesiapa pun yang tunaikan Solat Sunat 2 Rakaat, maka ganjarannya melebihi DUNIA & ISINYA, zon ini jugaklah tempoh hayat TAHAJJUD itu masih ada, dan di zon inilah Allah masih ada di langit2 dunia mendengar semua WISH KITA walaupun telinga kita tak mendengar gerak bibir kita... Dan inilah yang dinamakan ZON EMAS SETIAP MALAM yang ramai pimpinan pujaan kita tak pernah pun menceritakan dengan TELITInya perihal apa itu 1/3 malam... 1/3 malam ni ada 3 zon, zon yang kita kena AIM BETUL-BETUL adalah pada 4 jam terakhir sebelum terbit matahari, dari 4 jam terakhir tu formula ni satu2nya yang KENA TEPAT pada semua bayang2 EMAS dari 3 sumber Hadis Sahih di atas iaitu...?

(1/3 pada Lailatul Qadar) = 1/3 terakhir dlm sebulan
(1/3 setiap malam) = 1/3 terakhir setiap malam
>>> titik tepatnya pada <<<
>>> 30 minit sebelum Azan Subuh <<<

((( CARA KIRA ZON EMAS )))
Klik foto KUNING kat atas tu...
Cetak atas kertas, kemudian gantikan (angka) WAKTU TERBENAM SURIA, lepas tu gantikan (angka) WAKTU TERBIT MATAHARI. setiap daerah di ALAM MELAYU berbeza waktu AZAN disebabkan peredaran matahari, tetapi di sisi ALLAH masa adalah sama... Isi semua kotak kosong tu, dan kita akan dapati ZON EMAS tu 100% bertepatan dengan semua ZON EMAS yang tersirat dalam HADIS SAHIH, hanya MURSYID yang 7 lapis sahaja boleh memintas rahsia ni, dan bijik mata kita TERPILIH untuk mengetahui rahsia indah ini HARI INI....

((( SIGNAL SYUKUR )))
Sebagai tanda terima kasih...
Bantu rahsia guru MURSYID ini untuk edarkan pahala indah ni melalui DAKWH HUJUNG JARI, mudah jer, sampaikan mesej ni terus masuk ke dalam Group Whatsapp kita & Group Telegram kita dalam henfon ni SEKARANG. Just share jer bulat2 mesej ni tanpa edit 1 pu perkataan, dan dengan sendirinya PAHALA KITA akan naik mendadak kesan PAHALA orang lain yang amalkan ilmu yang sangat MAHA BERHARGA ni... Mulakan sekarang... Orang lain amal, PAHALA kita kekal ikut kita sampai ke Alam Barzakh yang indah, tau...? Lafazkan BISMILLAH & SSHARE ok...

Share Sekarang Jugak...
BOLEH KAN SAYANG...?
Baiklah Ilmu Ni Wangi Sangat...
Saya Pun Nak Share Lah Sekarang...

Di negara Jepun, sebagai penghormatan dan terimakasih kepada Islam dan muslimin diciptakanlah bas yang boleh berubah bentuk menjadi masjid yang tersebar di Kota Kota di waktu waktu sholat, Maka datanglah kaum2 muslimin untuk melaksanakan sholat.

Terimakasih kpd masyarakat Jepun modern
AZEEZ RAHIM, MUTHALIF & DJOKO TJANDRA ADALAH DALANG HIMPUNAN ICERD YANG BERTUJUAN MEWUJUDKAN HURU HARA DAN KACAU BILAU!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Satu perhimpunan akan diadakan pada 8 Disember ini. Ia berkaitan dengan ICERD. 2 Parti Politik Melayu iaitu UMNO dan PAS menjadi penggerak utama perhimpunan ini sehingga Kerajaan Negeri Kelantan mewartakan cuti pada hari tersebut.

Yang menjadi agak pelik adalah kenapa 'UMNO' sebegitu bersungguh sungguh untuk menggerakkan ahlinya dan orang ramai menyertai Himpunan ICERD ini? Sedangkan Kerajaan Malaysia Baru yang ditadbir Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir sudah tidak bersetuju menandatangani ICERD.

Sebenarnya Himpunan ICERD ini hanyalah dipergunakan oleh Pemimpin Pemimpin UMNO Korupsi seperti Ahli Parlimen Baling, Dato' Paduka Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mewujudkan suasana huru hara dan kacau bilau bagi memesongkan perhatian rakyat terhadap kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Ketegangan kaum di Kuil Seafield baru baru ini pun sebenarnya mendapat tajaan penuh dari Azeez Rahim Laknatullah. Adiknya, Muthalif menjadi perantara menyalurkan wang.

Himpunan ICERD turut mendapat bantuan sumber kewangan dari Azeez Rahim. Dana iaitu wang diperolehi dari Penjenayah Money Laundering dan Pelarian Indonesia yang mendapat perlindungan dari Azeez Rahim iaitu Djoko Tjandra ataupun turut dikenali sebagai Joe Chan. Joe Chan pada masa kini menjadi FUNDER Utama Azeez Rahim. Adik Azeez Rahim iaitu Muthalif Rahim (Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya) yang kalah teruk pada PRU yang lepas, menjadi Penyalur Dana kepada Ketua Ketua Bahagian, Wakil PAS dan Wakil NGO.

Umum mengetahui yang ahli ahli UMNO hanya akan menyertai sesuatu aktiviti seperti mesyuarat, perhimpunan mahupun demostrasi sekiranya ada DEDAK iaitu Dedak Duit Poket, Dedak Makanan dan Dedak Pengangkutan seperti Dedak Duit Minyak, Dedak Bas, Dedak Kereta dan Dedak Van. Amat mustahil mereka ini sanggup turun ke Dataran Merdeka dengan secara sukarela!

Azeez Rahim memang merancang untuk mewujudkan huru hara, kacau bila dan keyegangan kaum bagi mewujudkan DARURAT. Bila wujudnya Darurat, maka segala Kes Jenayah, Kes Rasuah dan Kes Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukannya tidak dapat didakwa di Mahkamah dan akan berlakunya peralihan tampuk pemerintahan negara.

Kepada ahli ahli UMNO, ahli ahli PAS dan ahli ahli NGO serta orang ramai,.usahlah bersama dan bersekongkol dengan Pemimpin Yang Jahat. Himpunan ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 ini hanyalah satu perbuatan yang sia sia sahaja.

#PenjarakanAzeezRahim

Sila kongsi dan viralkan ke Grup WhatsApp, Telegram dan Facebook. Terima kasih.

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Putera Muhammad.
06.12.2018
Sujudlah ...

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI AS MAUL HUSNA

Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama Allah yang maha baik krn Allah  SWTlah yg maha  berkuasa menyembuhkan berbagai penyakit apabila namaNya diseru.

Oleh itu doktor itu menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) apabila diseru Allah dgn nama nama tersebut in sya Allah akan merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa dgn menyebut atau (menyeru Allah swt dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji serta menyeru Allah swt dgn nama nama Allah swt di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh  insyallah.

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi'
03. Tulang Belakang - Al Jabbar
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razzaq
10. saraf - Al Mughni
11. Arteri - Al Jabbar
12. Perut - Al Razzaq
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq
21. Hati - Al Nafi
22. Pankreas - Al Bari
23. Lemak Sacks - Al Nafi
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid
28. Saraf Mata - Al Zahir
29. Kelenjar pineal - Al Hadi
30. Tekanan Darah - Al Khafed
31. Paru-paru - Al Razzaq
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj
☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Awwal 1440H☆

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)" [Surah al-Mulk 15]

#Dunia ini merupakan satu hamparan yang terbentang luas serta Allah swt menyarankan agar kita menerokainya.

#Allah swt menggalakkan kita supaya berkelana, berjalan dan mengembara ke setiap pelusuk muka bumi ini untuk melihat alam yang pelbagai rupa ciptaannya, melihat kesan-kesan kemusnahan dan kehebatan kaum yang terdahulu, berkenalan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, melihat budaya, bahasa, cara hidup manusia dan pelbagai perkara lagi. Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)" [Surah al-Hujurat 13]

"Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu" [Surah Muhammad 10]

"Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur" [Surah Luqman 31]

#Kesemua ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan manusia tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang kekuasaan Allah swt. Bukan sekadar melihat dengan mata kepala sahaja, tetapi pandanglah dengan mata hati. Ini kerana setiap ciptaan Allah pasti ada manfaat dan hikmahnya. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.

 الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" [Surah Aali Imran 191]

♡Pengembaraan yang paling bernilai hanyalah yang dilakukan demi DIA. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk kepadaNya. Semakin banyak pengalaman dilalui, rasa semakin rendah diri. Semakin banyak perkara dipelajari, semakin bodoh dirasakan dan semakin tawadhuk kehidupan. Mengembara dan berkelanalah!!♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com
Nasihat buat diri aku dan semua ...

Zikir ...

Bertahmid ...
☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Awwal 1440H☆

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" [Surah al-Anfal 46]

#Allah swt memerintahkan seluruh umat manusia agar sentiasa taat kepada Allah dan rasulNya. Inilah ketaatan yang sebenar-benarnya. Ketaatan yang tidak dapat diremehkan.

#Allah swt juga meminta seluruh umat manusia agar banyak bersabar dalam apa situasi pun, tidak berbantah-bantah, bergaduh, berselisih dan berpecah kerana itu hanya akan menjadi sebab kelemahan, kehinaan dan kegagalan.

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar" [Surah Aali Imran 105]

#Umat yang berjaya ialah yang hidup dalam keadaan tinggi nilai sabarnya, bersatu padu dan mendahulukan ajaran Allah dan rasulNya. Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Aali Imran 200]

 ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ

"Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya" [Surah asy-Syura 13]

♡Larangan berbantah-bantahan daripada Allah swt dan rasulNya agar umat Islam tidak berselisih/berpecah dan menjadi lemah serta penakut. Hiduplah dalam keadaan mentaati Allah dan bersatu padu agar kita kuat dan berani♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com
☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Akhir 1440H☆

اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً

"Beristighfarlah kamu semua kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun" [Surah Nuh 10]

#Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Ini disebabkan kekurangan dan kelemahan kita dalam menangani tuntutan hawa nafsu dan godaan syaitan. Namun demikian, Allah swt sentiasa membuka ruang untuk hambaNya bertaubat dan kembali kepadaNya.

#Firman Allah swt:

فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

"Sesungguhnya Dia (Allah) itu Maha Pengampun terhadap golongan awwabin" [Surah al-Isra' 25]

#Berkata  Imam Sa’id bin al-Musayyib rahimahullah:

الَّذِي يُصِيبُ الذَّنْبَ ثُمَّ يَتُوب ثُمَّ يُصِيبُ الذَّنْبَ ثُمَّ يَتُوب

"Golongan Awwabin adalah seseorang yang melakukan dosa, kemudian dia bertaubat. Dia melakukan dosa lagi, kemudian dia bertaubat" (Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibnu Kathir).

#Ketahuilah bahawa Allah swt itu Tuhan Yang Maha Pengampun meskipun kita berulangkali melakukan dosa demi dosa, selama mana kita kembali kepada Allah, menginsafi dan menyesali segala dosa yang telah dilakukan, lalu memohon keampunan kepada Allah swt, nescaya akan diampuni.

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

"Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat" (HR Ibnu Majah)

♡Jom perbanyakkan istighfar dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar penyesalan, semoga Allah swt mengampuni dosa kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com