Isnin, Disember 10, 2018

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Akhir 1440H☆

اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً

"Beristighfarlah kamu semua kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun" [Surah Nuh 10]

#Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Ini disebabkan kekurangan dan kelemahan kita dalam menangani tuntutan hawa nafsu dan godaan syaitan. Namun demikian, Allah swt sentiasa membuka ruang untuk hambaNya bertaubat dan kembali kepadaNya.

#Firman Allah swt:

فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

"Sesungguhnya Dia (Allah) itu Maha Pengampun terhadap golongan awwabin" [Surah al-Isra' 25]

#Berkata  Imam Sa’id bin al-Musayyib rahimahullah:

الَّذِي يُصِيبُ الذَّنْبَ ثُمَّ يَتُوب ثُمَّ يُصِيبُ الذَّنْبَ ثُمَّ يَتُوب

"Golongan Awwabin adalah seseorang yang melakukan dosa, kemudian dia bertaubat. Dia melakukan dosa lagi, kemudian dia bertaubat" (Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibnu Kathir).

#Ketahuilah bahawa Allah swt itu Tuhan Yang Maha Pengampun meskipun kita berulangkali melakukan dosa demi dosa, selama mana kita kembali kepada Allah, menginsafi dan menyesali segala dosa yang telah dilakukan, lalu memohon keampunan kepada Allah swt, nescaya akan diampuni.

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

"Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat" (HR Ibnu Majah)

♡Jom perbanyakkan istighfar dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar penyesalan, semoga Allah swt mengampuni dosa kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan