Isnin, Disember 10, 2018

AZEEZ RAHIM, MUTHALIF & DJOKO TJANDRA ADALAH DALANG HIMPUNAN ICERD YANG BERTUJUAN MEWUJUDKAN HURU HARA DAN KACAU BILAU!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Satu perhimpunan akan diadakan pada 8 Disember ini. Ia berkaitan dengan ICERD. 2 Parti Politik Melayu iaitu UMNO dan PAS menjadi penggerak utama perhimpunan ini sehingga Kerajaan Negeri Kelantan mewartakan cuti pada hari tersebut.

Yang menjadi agak pelik adalah kenapa 'UMNO' sebegitu bersungguh sungguh untuk menggerakkan ahlinya dan orang ramai menyertai Himpunan ICERD ini? Sedangkan Kerajaan Malaysia Baru yang ditadbir Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir sudah tidak bersetuju menandatangani ICERD.

Sebenarnya Himpunan ICERD ini hanyalah dipergunakan oleh Pemimpin Pemimpin UMNO Korupsi seperti Ahli Parlimen Baling, Dato' Paduka Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mewujudkan suasana huru hara dan kacau bilau bagi memesongkan perhatian rakyat terhadap kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Ketegangan kaum di Kuil Seafield baru baru ini pun sebenarnya mendapat tajaan penuh dari Azeez Rahim Laknatullah. Adiknya, Muthalif menjadi perantara menyalurkan wang.

Himpunan ICERD turut mendapat bantuan sumber kewangan dari Azeez Rahim. Dana iaitu wang diperolehi dari Penjenayah Money Laundering dan Pelarian Indonesia yang mendapat perlindungan dari Azeez Rahim iaitu Djoko Tjandra ataupun turut dikenali sebagai Joe Chan. Joe Chan pada masa kini menjadi FUNDER Utama Azeez Rahim. Adik Azeez Rahim iaitu Muthalif Rahim (Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya) yang kalah teruk pada PRU yang lepas, menjadi Penyalur Dana kepada Ketua Ketua Bahagian, Wakil PAS dan Wakil NGO.

Umum mengetahui yang ahli ahli UMNO hanya akan menyertai sesuatu aktiviti seperti mesyuarat, perhimpunan mahupun demostrasi sekiranya ada DEDAK iaitu Dedak Duit Poket, Dedak Makanan dan Dedak Pengangkutan seperti Dedak Duit Minyak, Dedak Bas, Dedak Kereta dan Dedak Van. Amat mustahil mereka ini sanggup turun ke Dataran Merdeka dengan secara sukarela!

Azeez Rahim memang merancang untuk mewujudkan huru hara, kacau bila dan keyegangan kaum bagi mewujudkan DARURAT. Bila wujudnya Darurat, maka segala Kes Jenayah, Kes Rasuah dan Kes Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukannya tidak dapat didakwa di Mahkamah dan akan berlakunya peralihan tampuk pemerintahan negara.

Kepada ahli ahli UMNO, ahli ahli PAS dan ahli ahli NGO serta orang ramai,.usahlah bersama dan bersekongkol dengan Pemimpin Yang Jahat. Himpunan ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 ini hanyalah satu perbuatan yang sia sia sahaja.

#PenjarakanAzeezRahim

Sila kongsi dan viralkan ke Grup WhatsApp, Telegram dan Facebook. Terima kasih.

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
Putera Muhammad.
06.12.2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan