Dah lama tak menulis blog. Agak sibuk sebab siang malam kudrat digunakan. Saban malam pulang rumah jam 12 malam dan kadang-kadang tu cecah jam 1 pagi. Belum berpeluang untuk berehat. Tapi aku bersyukur, semua ahli keluarga faham tugas aku yang terbaru ini. Apa dia tugas tu? Rahsia...
Pagi ini aku bercadang nak jemput sahabat aku KB Tan ke satu seminar yang dianjurkan oleh JKKK kampung aku. Cadangan asal, aku nak faks sahaja surat tapi dah tak sempat. So, jalan yang terakhir aku hantar emel sahaja. Untuk elakkan masalah, surat yang aku taip guna WORD tu aku tukar kepada PDF. Hasilnya, cukup menarik! Tak caya, cubalah! Adios ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan