Ahad, Januari 30, 2011

Tenang-tenang keputusan di Tenang!

Semalam, Sabtu 29 Jan 2011 bertemu dengan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam di satu majlis perkahwinan kaum kerabat. Beliau baru sahaja kembali dari Tenang. Banyak perkara yang diulas. Antaranya, gelagat kaum Melayu yang enggan bersalam dengan pimpinan PAS di awal hari penamaan calon.

Agak dukacita bila mendengar maklumat itu. Ibarat, kaum Melayu itu lebih tinggi dan mulia jika dibandingkan dengan agama Islam. Walhal, yang hadir itu adalah pimpinan PAS Melayu yang beragama Islam. Tidak lebih dan tidak kurang tarafnya dengan orang-orang Melayu di Tenang. Malah, Islam mengajar umatnya menyambut salam saudara seagamanya!

Strategi pilihanraya turut disentuh beliau. Biarpun tidak meletakkan harapan tinggi, YB Khalid agak bersetuju dengan pendapat -- strategi menyerang peribadi calon merupakan satu kesilapan. Orang Melayu Felda tidak melihat kredibiliti calon sebagai satu yang harus diutamakan. Mereka lebih memandang parti yang bertanding. Sebaliknya, PR terperangkap dengan mainan media BN yang memanipulasi isu itu sebagai budaya PR yang suka memburuk-burukkan profil calon. Satu perkara yang perlu PR beri perhatian!.

Bagaimanapun, selamat berjuang buat Cikgu Mala. Jika kalah sekalipun, anda sebenarnya adalah pemenang sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan