Banyak sudah diperkatakan, sejak tewas dalam PRU-12 lalu hingga kini UMNO sedang giat berusaha untuk merampas kembali Selangor. Pelbagai teknik dan taktik politik seantero dunia telah dan sedang disuntik ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Paling mutakhir, meletakkan Khusrin sebagai kambing hitam supaya muslihat utama dapat disempurnakan dan pimpinan Pakatan Rakyat pula sedang menantikan dengan penuh minat bentuk muslihat itu.
Awas pimpinan PR! Jangan terpukau dan tertipu dengan perlantikan Khusrin. Tumpukan usaha kepada trojan-trojan yang banyak melata dalam saf pimpinan. Tidak kira diperingkat Ranting, Pusat mahupun pemerintahan Kerajaan Negeri. Mereka ini lebih merbahaya daripada Khusrin dan menunggu masa untuk membuat onar pada bila-bila. Nasib Khusrin, biar undang-undang menentukannya. Jangan Kerajaan Selangor pula ditimpa badi persis Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan