Hari ini aku dapat sms dari seorang vendor ajak aku lunch sempena Hari Raya. Seumur hidup aku belum pernah aku dengar lunch sempena perayaan. Mungkin ini satu pembaharuan.
Yang aku tertarik nak tulis kat sini, vendor nie ajak aku lunch kat sebuah restoran yang namanya San Francisco di Damansara Intan. Apa menunya? Steak, beb! Sebelum aku kata ya, aku buat semakan di laman web JAKIM. Hampeh!!! Tak tersenarai langsung... Kemudian, aku semak pulak senarai restoran-restoran yang HALAL dan NON-HALAL yang kawan aku emel tempohari. Bravo!!! JAKIM sahkan restoran ini tak pernah walau sekali pohon di`HALAL`kan. So, buat kawan-kawan seagama, hati-hati bila terima ajakan teman-teman yang bukan seagama! Adios ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan