Rabu, Oktober 22, 2008

Jamuan Raya

Hari ini ada pembekal yang baik hati buat jamuan raya kat KGPA. Semua kakitangan dijemput hadir. Aku pergi naik Stream dengan boss. AreGee, MartZab dan Ah Cheng ikut sekali. Kumpulan aku antara yang terawal hadir ke majlis. Suasana memang meriah dengan juadah yang membuka selera. Dalam seronok menjamu selera, boss aku buka cerita. Apa lagi kalau bukan bab kesihatan. Katanya, balas dendam selepas sebulan berpuasa.

Kata AreGee, bila kesihatan kita melepasi angka 45 tahun, makanan seperti nasi dan daging perlu kita kurangkan. Aku terkesan dengan cakap AreGee tu. Bagi aku, nak mengawal cara makan tak payah cari sampel jauh-jauh. Pengalaman isteri mengandung dah cukup sebagai panduan. Cuba fikir, 3 bulan terakhir sebelum sebelum baby bersalin dunia, mak bapak kita larang isteri makan makanan yang boleh mendatangkan penyakit major seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Begitu jugalah dengan umur kita atas dunia ini. Sebelum kita berhijrah ke dunia akhirat, untuk dapatkan umur yang panjang dan berkat kawalah pemakanan kita selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan