Selasa, Oktober 06, 2009

Kalau Tidak Bersalah, Kenapa Para D.O. Takut Dipersoal SELCAT?

Bak kata orang tua-tua, berani kerana benar, takut kerana salah. Sekiranya kesemua pegawai2 kerajaan yang dipersoal SELCAT itu tidak bersalah, apa yang hendak ditakutkan. Nyatakan dengan terang siapa yang menyuruh mereka melepaskan wang yang sebegitu banyak dalam masa yang sebegitu pendek.

Apa masaalahnya? Tiada siapa yang akan mengambil tindakan dan tiada siapa yang akan menyalahkan mereka. Apa yang dimahukan dari SELCAT adalah maklumat bagaimana wang yang sebegitu banyak diberikan kepada UMNO/BN untuk kempen pilihanraya mereka dalam masa yang sebegitu singkat.

Saya ambil contoh, pegawai yang bernama Norafzati Jantera yang berani mendedahkan apa yang telah berlaku:

Finance clerk Norafzati Jantera acknowledged receiving calls from the Ijok assembly member urging the Kuala Selangor Land Office to hasten the processing of his applications for allocations. The assembly member at that time was K Partiban.

“Together with other colleagues in the Land Office, we gotong-royong to finish processing payments for the assemblymen,” said Norafzati on the third day of the Selangor Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) hearing yesterday.

Norafzati and another clerk, Nordiana Mokhtar, had processed 85 payments amounting to RM449,500 on the eve of the dissolution of parliament and state assemblies on Feb 12, 2008.


Norfazati dengan jelas memberitahu bahawa beliau mendapat arahan dari wakil rakyat BN untuk melepaskan wang berjumlah RM475k sejurus sebelum DUN Selangor dibubarkan. Saya yakin dan percaya selepas ini tiada siapa yang akan menyalahkan Norfazati kerana beliau hanya menjalankan arahan yang diberikan kepada beliau sahaja.

Kenapa Perlu Datang Menyembah ke Hasan Ali dan Buat Cerita Dongeng?

Mereka datang ke rumah Hasan Ali, di atas platform NGO yang bernama “PROMIS” yang masih belum berdaftar. Mereka merayu dan mengadu kononnya mereka dilayan seperti budak-budak. Mereka menyatakan bahawa hanya Dato Hasan Ali sahajalah harapan Melayu di Selangor.

Dan Hasan Ali percaya cerita mereka bulat-bulat tanpa merujuk kepada YB Saari Sungip wakil PAS dalam SELCAT samada benar atau tidak cerita pegawai2 ini.

Hakikatnya, pegawai2 ini semuanya adalah UMNO. Dan mereka mahu mencari alasan untuk tidak dipersoalkan terus kerana mereka mahu melindungi kepentingan dan maruah UMNO yang sudah teruk tercemar di Selangor. UMNO di Selangor sekarang ini ibarat orang yang kena kusta kerana kesah mereka membaham duit rakyat untuk kepentingan pribadi sudah tersebar luas. Dan cerita-cerita ini dapat digali, antara lainnya, dari prosiding2 yang dilakukan oleh SELCAT.

Pegawai2 kerajaan di Selangor ini telah bertahun-tahun melakukan kerja menguntungkan UMNO dan merugikan serta menindas PAS dan parti2 lain di Selangor. Sekarang ini segala kejahatan mereka telah didedahkan kepada umum dan mereka takut.

Yang menghairankan Hasan Ali melindungi pula pegawai2 yang selama ini menindas, menghukum, menentang PAS itu sendiri? Apakah Hasan Ali ini tidak sensitif dengan perasaan ahli2 dan jentera2 PAS di peringkat akar umbi?

Hakikatnya, yang marah dalam isu ini adalah UMNO. Yang benci pada SELCAT adalah UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO yang sekarang ini beriye-iye sangat nak mempertahankan tindakan Hasan Ali. Ini kerana mereka takut rahsia mereka terbongkar. Mereka takut rakyat semua tahu bahawa mereka menang pilihanraya selama ini adalah dengan wang rakyat dan bukannya dengan kederat dan usaha mereka semata-mata.

Mereka tidak mahu rakyat tahu yang mereka membaham wang rakyat macam wang itu bapak mereka punya. Mereka lah bapak rasuah dan bapak korupsi. Mereka tahu yang mereka lah sebab Negara ini hampir bankrap walaupun Malaysia ini kaya. Mereka adalah pelahap dan pemakan wang rakyat.

Tulang Besi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan