Salam buat semua! Sejak Krismas, hampir 2 minggu aku bercuti. Cuti tahunan dan cuti menguruskan persekolahan anak-anak. Tahun ini agak luarbiasa sebab tiada kutipan yuran persekolahan dibuat. Aku punya telahan, gimik politik murahan Kera`jaan. Dengar khabar, bulan April baru kutipan yuran dibuat. Maknanya, selepas Dollah berhenti jadi PM.
Apapun, persediaan perlu dibuat. Wang secukupnya perlu disimpan supaya tak kalut pada bulan tersebut. Tambah pula dengan keadaan ekonomi yang kita gawat nie. Cerita pasal gawat nie, terfikir aku mungkin ini angkara kerja Yahudi Amerika. Kenapa aku kata macam tu? Ini ada kaitan dengan peristiwa pada 11 September. Sedangkan bom bangunan boleh dijadikan umpan untuk burukkan Islam, inikan pula perkara yang berkaitan ekonomi dunia. Enteng buat dia ...
Pasal apa dia buat macama tu? Sebab, sudah ramai umat manusia telah pilih Islam. Maknanya, makin banyak pemimpin negara Islam yang telah bangkit. Hanya sekadar telahan aje... Adios!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan